Friday, February 18, 2011

Thursday, February 17, 2011

tudung butterfly



Tudung butterfly sangat selesa di pakai. Bagi penggemar tudung ini tempahan dibuka sekarang.

tempahan tudung


JF collection membuka tempahan menjahit tudung labuh kepada pelanggan sekarang. Ramai pelanggan yang bertudung labuh mengalami kesukaran untuk mencari tudung yang labuh di pasaran. Untuk permulaan kami menawarkan 2 jenis paten iaitu paten ariani dan butterfly.

Tuesday, February 15, 2011

jubah 2 lapis

rekaan ini utk Ain, lama sungguh kain ni terperap dlm almari. tu lah asyik manik n kerawang je....sorry Ain, lambat sikit...dah siap. semoga awak suka...jangan serik ya...

biku lebah sekawan


Monday, February 14, 2011

Pecal... bunyinyer pecel


Bahan-bahan sayuran:

  • 1 ikat daun pucuk ubi kayu
  • 1 ikat kangkung
  • 1 ikat ulam raja
  • 50 sen taugeh
  • sebatang timun
  • 3 keping tahu
Cara:
  • celurkan pucuk ubi, kangkung, ulam raja dan taugeh.
  • timun dihiris
  • tauhu digoreng dan d potong dadu
bahan kuah:

  • 8 biji cili padi
  • 2 biji cili besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji ubi cekur
  • 1 cawan kacang tanah
  • sedikit belacan
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • air asam
cara-cara:

  • kacang tanah disangai sehingga masak, di sejukkan. Setelah sejuk dihancurkan
  • cili, bawang merah n putih, belacan dan biji ubi cekur d kukus.
  • tumbuk bahan kukus. setelah lumat campurkan kacang tanah tumbuk, garam,gula dan air asam. campurkan air masak semangkuk dan di kacau sehingga sebati.

Sunday, February 13, 2011

Friday, February 11, 2011

Monalisa berkristal


Kali ni customer mintak dijahitkan baju kurung bertangan cekak getah dn d sulam manik di bahagian hujung badan. So sy cube ngan bunga Monalisa yang dihiasi kristal ungu. Agak susah untuk mencari warna yang sesuai kerana corak baju yang abstrak.So inilah hasilnya. Semoga kak Bah suka ya....

benih bercambah berbunga merah

Untuk mu Khatrul...awak suke yang simple kan so here it is...

biku benih bercambah

Tuesday, February 8, 2011

Sunday, February 6, 2011

Baju raihan

Alhamdulillah, baju ini d tempah oleh suami kak Noriah untuk majlis perkahwinan anak sulung mereka. Selamat mendapat menantu kak Noriah...

baju Melayu Edi


Baju ini d jahit atas permintaan anak ku Nur untuk bakal suaminya. Kami sama2 menyiapkan baju ini untuk majlis akad nikah mereka. Alhamdulillah siap...tambah berseri apabila d tampal batu2 berwarna merah...

Saturday, February 5, 2011

Kelas jahitan 2010






kelas jahitan pertama 2011





Alhamdulillah, kelas jahitan dah bermula....students seramai 4 orang. Hari pertama kami berkenal2an, Syida, Su, Ain n Fiza. Selamat datang kepada new students ku.

Pelajaran pertama ialah cara2 mengambil ukuran badan. Rasa mcm senang je, tp bila tengok pelajar2ku cuba apply yang d pelajari nampak susah lah plak. Beberapa kali mereka praktiskan, alhamdulillah mereka berjaya....

Kemudian melukis pola plak.....tapi x sempat nak habis. Insyaallah bersambung ke minggu depan.

Muffin pisang

Bahan-bahan:

  • pisang 260g
  • minyak masak 200g
  • telor 1 biji
  • gula 200g
  • tepung 250g
  • soda 1 sudu kecil
  • esen pisang sedikit
  • garam secubit

Cara-cara:

  • ayak tepung dan soda bersama.
  • masukkan pisang, minyak, telur, gula,esen dan garam dalam blender dan di blend sehingga pisang hancur.
  • tuang dalam mangkuk pengadun dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. kacau guna sudip sahaja.
  • masukkan adunan dalam acuan muffin 3/4 penuh sahaja.
  • bakar pada suhu 180'C selama 15- 20 minit atau sehingga masak.

Muffin coklat chip



Bahan-bahan:

  • gula pasir 250g
  • mentega 125g
  • telur 4 biji
  • tepung gandum 375g
  • baking powder 25g
  • coco powder 25g
  • choklat chip 10g
  • susu segar 225
cara:

1. Ayak tepung, baking powder dan koko bersama.
2. pukul gula dan mentega sampai kembang kemudian masukkan telor. Pukul lagi.
3.Masukkan tepung sedikit demisedikit. kacau guna sudip sahaja.
4. kemudian masukkan coklat chip, kacau sedikit. Kemudian masukkan susu segar. Kacau sehingga bercampur.
5. masukkan kedalam acuan muffin sehingga 3/4 penuh shj. kemudian di bakar selama15 - 20 minit pada suhu 200'C atau sehingga masak.

baju kurung berkerawang


Alhamdulillah, baju kurung ni akirnya siap.... hati rasa begitu terhibur . Malangnya baju ni terpaksa diserahkan kepada pemiliknya. Berat hati untuk melepaskannya. Alangkah baiknya kalau d simpan sebagai kenangan kan....

Thursday, February 3, 2011

untukmu Khatrul


Sahabatku Khatrul amat meminati tangan cekak bergetah ini. Pada asalnya saya ingatkan kainnya x mncukupi untuk tangan begini tapi alhamdulillah cukup. Pertama kali melihat cekak ini dia agak trkejut , tapi dari riak wajah beliau saya tahu beliau gembira. So, this is just for u my friend....

purplish flowers



Rekaan ini dihasilkan untuk sahabat saya.Seronok sungguh menjahit baju ni sebab beliau tak cerewet langsung. Selalunya beliau akan kata, ikut suka hati cikgulah nak wat camne ngan baju saya tu...Beliau mmg lebih senang memanggil saya dgn panggilan tersebut kerana saya biasa mengajar beberapa orang anak beliau di sekolah....Biasanye paten yang saya buat untuk beliau mmg rekaan yang cukup exklusif kerana beliau mmg layak mendapat layanan first class.