Friday, December 16, 2011

urap nasi ambeng



Bahan A
1/2 biji kelapa- parut n sangan hingga ringan

Bahan B (tumbuk)

7 ulas bwg merah
5ulas bwg putih
segenggam cili kecil
segenggam cekur
segenggam ikan bilis
sedikit belacan

bahan C

garam, gula secukup rasa
5 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
1. tumis bahan tumbuk, masak hingga naik bau, masukkan garam n gula.
2. masukkan kelapa sangan, masak hingga kering.

sayuran:
boleh gunakan sebarang sayuran yang sesuai utk ulam2an.

sambal goreng nasi ambeng



Bahan2:
5 keping tahu-potong dadu n goreng hingga kuning
3 keping tempe- potong nipis2 n goreng hingga sedikit kekuningan
5 biji kentang - belah 4 n potong nipis2, goreng hingga kuning
sedikit suun- rendam n potong
sedikit tahu kering- rendam n potong kecil2
4 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah
3 tgkai cili besar
1 sudu besar cili boh
sedikit santan pekat dri sebiji kelapa
3 sudu besar minyak masak
5 sudu besar kicap
garam
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar air asam

Cara2:
1.bwg besar n cili besar dihiris nipis
2.blend bwg merah n putih
3. Tumis bwg n cili hiris
4.masukkan bahan blend n cili boh , tumis smpai naik bau
5.masukkan kicap, garam n gula secukup rasa. masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan santan pekat. Masak hingga pekat baru masukkan suun n tahu kering . setelah lembut baru masukkan tahu, kentang n tempe goreng. masak hingga garing.

Thursday, December 15, 2011

Nasi ambeng


Alhamdulillah Allah mmnjgkan usiaku utk trus mghirup kesegaran udara d prkampungan Al Azhar...Baru ni aku dberi peluang mmpelajari masakan nasi ambeng Hajah Jamiah style.Dulu masa aruah mak masih ada, x pernah trfikirlah plak nak blajar.Bukan sombong tp entah kenapa. Kesedaran datang setelah seorang kawanku mmpersoalkan tentang diriku seorang anak jawa sejati yang x mmpu masak nasi ambeng...hahaha, terkena batang hidung sendiri...

So kebetulan 2 minggu lepas adik bongsuku yang tinggal d layang2 Johor melawatku, apalagi....jom masak nasi ambenglah...

Katanya, nasi ambeng ni berlaukkan serunding, mee atau bihun goreng, urap,sambal goreng, ikan masin goreng dan berlauk ayam atau daging.
So jom masak...

Serunding.

Bahan A:
1 biji kelapa
Diparut dan dsangan hingga ringan.

Bahan B:
7 ulas bawang putih
5 ulas bwg merah
3 sudu besar ketumbar
1sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintang manis
segenggam ikan bilis
1 sudu kecil serbuk kunyit

Kisar bahan B dengan sedikit air hingga hancur.

Bahan c:
3 sudu besar air perahan asam jawa
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
5 sudu besar minyak masak

Cara2:
Panaskan minyak dlm kuali besar, kemudian tumiskan bahan B sehingga naik bau. Masukkan air asam, gula dan garam. Masak hingga betul2 pekat. Masukkan kelapa sangan. Terus mengacau atas api sehingga betul2 masak.

Sunday, October 30, 2011

basket of orchid




Alhamdulillah, siap sudah projek kedua ku.kalau dulu hanya mampu menikmati karya orang lain tp kini Allah memberi kekuatan untuk mencuba menghasilkannya sendiri....

Friday, October 21, 2011

First trial



Alhamdulillah akhirnya siap juga projek pertama sulam reben, semuanya menggunakan teknik asas sahaja. Insyaallah pada projek yang akan datang akan menggunakan teknik yang lain pulak...

Borders




Himpunan koleksi borders yang boleh dipelajari dari JF Collection

Bengkel asas sulaman manik.

Pelajari 20 teknik asas jahitan manik.
Hari : Khamis atau Jumaat.
( hari lain boleh dirunding)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi: 27 Taman perumahan Al-Azhar.
Jitra.
Yuran RM 120
Peralatan disediakan. Hasil jahitan akan menjadi milik peserta.Sijil penyertaan dan makan tengahari disediakan.

Wednesday, October 19, 2011

bluish flowers




Paten ini adalah kombinasi sulaman manik dan sulam mesin. Kainnye dibeli di pekan Ahad di Alor Setar. Orang Kedah panggei nad. Harganye RM 2 semeter. klu bli kat kedai harganye RM 12, hehe.

my first bracelet



Paten braceletku yang pertama, yang lain akan menyusul slps ini. Penghasilan ini berpunca dari perasaan geram melihat kawan2 fb menayang hasil rekaan depa. Lalu tekad itu dbuahkan dengan penghasilan.Nak belajaq dr kawan2 tp jauh sangat so belek mmbeleklah hasil kawan2 n inilah hasilnye...

tudung putih




Percaya atau tidak tudung ini ku simpan terlalu lama kerana design n warnanye yang menarik. Hihihi, akhirnye tuannya nak balik. Adus ...dengan hati yang berat ku lepaskan dia pergi...Harap tuannye suka....

tudung kelabu




Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menjenguk blog ini setelah sekian lama. Sibuk melayan anak2 murid yang menduduki UPSR dan PMR. Doaku mudah2an Allah memberi kejayaan di dunia dan akhirat. Pastu bangcik lak periksa akhir tahun, umi lebih sibuk dari anak memantau jadual peperiksaan dan memastikan semua telah d hafal dan d kuasai.Oh, penat sungguh tapi rasa puas di hati....umi tidak akan sekali2 mengabaikan kamu anak2ku.
la....nak citer apa pasai tudung ni ya pasai dah lama sangat bagi kat tuan dia...Su, cikgu harap kamu suka tudung tu.Belajar rajin2 di U tu. Buatkan umi kamu bahagia, she deserve it.....


Thursday, June 9, 2011

lovely pillow



Musim kenduri, jd adalah tempahan jahit bantal utk pengantin. siap sulam bentuk love lg.....

niqab n tudung bawal





Lama dah x menjahit tudung bawal begini, saiz yang agak besar melambatkan proses penyulaman. Sipemakai mengenakan tudung ini dgn niqab. harap brpuashati dgn sulaman ini.

Friday, May 20, 2011

Taqwa menjahit


Ini lah anakku Awa, cutinye begitu panjang...dari bulan Feb.hingga awal Sept. Sepanjang cuti ni dia mnjahit bajunye sndiri....alhamdulillah... trus mnjahit Awa...

reddish glow





Inilah baju yang seterusnye....kain yang sama corak...cume brlainn design manik je....layan....

Wednesday, May 18, 2011

rich yellow






rekaan ini adalah untuk customer yang akan berkahwin pada 28hb Mei. Selamat pengantin baru...